Sunday, October 28

Heritage Building of Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR.

Seperti yang anda maklum KL , banyak menyimpan gambaran yang enak dan sedap mata memandang . Tetapi perlu dengan teliti. Hari ini saya dengan sahabat saya cuba melihat Kuala Lumpur dengan lebih dekat dan teliti . Route kami dari Central Market - Bangunan KTM - Masjid Negara - Bangunan Sultan Abdul Samad - Masjid Jamek - KLCC - Bukit Bintang .... 

Sebenarnya negara kita memang cantik , macam mana kita nak menilai , itu terpulang bagi kita . Disini saya paparkan beberapa gambar yang saya ambil dari Kamera & lensa saya untuk kita berkongsi bersama . Maafkan saya kalau ada kekurangan disini . maklumlah budak hingusan tengah belajar . Sambil itu saya ceritakan sekali sejarah tempat tersebut :-


Central Market

Perjalanan akan melalui Annexe Central Market dengan pengunjung akan melawat bangunan yang dipenuhi dengan koleksi galeri seni termasuk Galeri Annexe.

Pengunjung juga berpeluang untuk dibawa bagi menikmati transformasi di Pasar Seni seperti yang terdapat pada Kasturi Walk yang berkonsepkan kawasan terbuka.

Laluan pejalan kaki berbumbung di lokasi tersebut dipenuhi jualan barangan runcit, gerai-gerai menjual cenderamata, aksesori wanita, kraf tangan dan juadah makanan tempatan yang unik.
Sepanjang perjalanan, saya meneroka sejarah tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia di lokasi yang berbeza.

Setiap lokasi tersebut ada cerita tersendiri. Ketika ini jumlah bangunan bersejarah yang ada tidak banyak dan telah semakin usang dimamah usia manakala rumah kedai asal yang sebelum ini banyak dibina telah dijual kepada pihak pemaju yang mahu membangunkan projek baharu.

Jika pemuliharaan bangunan bersejarah ini tidak dilakukan, saya bimbang semua monumen bersejarah yang kita dapat dilihat dan hayati sekarang tidak akan dapat disaksikan generasi akan datang.











Lukisan Dinding Yang Cantik Di Central Market






Bangunan KTMB

Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu adalah merangkumi bangunan stesen, hotel dan pejabat pentadbiran baru yang terletak bersebelahan jalan adalah dua bangunan terindah dan mercu tanda Kuala Lumpur. Kedua-duanya dibina dalam zaman kemuncak ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan keretapi di Tanah Melayu.

Bangunan ini merupakan stesen ketiga di Kuala Lumpur dan kedua di tapak sama. Ini kerana stesen terawal (dirasmikan antara 15 atau 22 September 1886) yang dikenali sebagai 'Kuala Lumpur'. Ia merupakan sebuah bangunan beratap sementara menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan keretapi yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Tanah Melayu.Pembinaan bangunan dan nama stesen di Kuala Lumpur.
    15 September 1886 - Kuala Lumpur (Terminal sementara untuk Selangor Railway)
    1891 - Stesen Residen, Kuala Lumpur.
    1892- Stesen Kuala Lumpur pertama.
    1 June 1893 - Stesen Sultan Street
    1 March 1895 - Stesen Pudoh (Pudu).
    1910 Stesen utama Kuala Lumpur ke arah selatan.
Lokasi stesen keretapi (pertama) berada di tapak Station Yard, lot tepi di antara (Market St dan Victory Avenue), yang kini dikenali Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hisamuddin. Apabila landasan ke utara dibina ia dicawangkan (branched) dengan laluan Kuala Lumpur - Bukit Kuda di selatan bangunan stesen yang pertama di mana Stesen Residen pula dibina antara landasan yang baru ini.

Pernah Tak Lihat atau Dengar Nama Jalan ini


Berniaga sebelah stesen KTMB


Bangunan KTMB






Masih menunggu Keretapi


Perubahan Sekarang 



Masjid Jamek

Asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India di persimpanganSungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.

Masjid ini dibina pada tahun 1909 , ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Pihak British membina Masjid Jamek berhampiran dengan pusat pentadbiran iaituBangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Seni bima masjid ini menjadikan ia sebagai mercu tanda yang kemudiannya berkembang sebagai nadi bandaraya Kuala Lumpur. Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solatJumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. Masjid ini tidak dapat diperbesarkan kerana dihimpit oleh Sungai Klang dan Sungai Gombak. Awalnya ,mereka yang hendak solat perlu mengambil wuduk di bucu pertemuan sungai. Beberapa lapis tangga dibina ke dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.

Reka bentuk masjid ini menurut tata rajah tradisional India Utara, dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina Moghul.

Masjid Jamek adalah contoh seni bina "rasmi" British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol, membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

Pentadbir Inggeris adalah pihak yang mula membawa kubah di bangunan-bangunan di Malaysia. sumber inspirasi mereka ialah bangunan-bangunan Moghul di india. Maka muncullah masjid berkubah di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Masjid Zahir Alor Star dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kemuncaknya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ibu pejabat KTM dan Stesen Kereta api Kuala Lumpur.




Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gah pada masa itu.

Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.




Sambil itu saya berjalan melihat kuala lumpur yang indah ini.Perubahan yang dibanggakan . Janganlah kita mudah lupa akan negara kita sendiri









Begitu cepat masa berlalu , dah perubahan yang dibangunkan . insyallah saya ingin berkongsi dangan anda di kemudian hari dengan jelajah saya yaitu Hotel dan tempat makan menarik di kuala lumpur. 

Sekian Terima kasih









No comments:

Post a Comment