Saturday, October 27

Street Photo Kuala Lumpur

Malaysia - Kuala Lumpur ( Chow kit Road , Central Market , Jalan Pudu , Ampang , KLCC , Menara KL , Bukit Bintang , Batu Caves Dan lain lain Lagi )

Nama tempat yang selalu kita dengar .... tapi sebenarnye banyak benda yang ada di tempat tersebut , tetapi selalu kita terlepas pandang dan jarang kita jumpa . Disini saya paparkan Gambar kerana saya anak malaysia .... kita selalu lupa asal negara kita dan selalu  hanya bermegah kepada negara lain.... untuk kita mencapai apa yang ada sekarang bukan senang ... kita hanya mampu bercakap .... mentakbir sesebuah negara belum tentu kita boleh lakukan... secawan kopi dikedai menyatakan dia tak betul , meke tak betul , depa penipu... kalau macam itu lah gayanye ....sapa yang betul ... jadi sekarang saya ingin menceritakan tentang MALAYSIA .... tiada kiatan tentang politik .... hanya gambar saya boleh menceritakkan betapa cantiknya MALAYSIA di mata saya....sebelum itu biar saya ceritakan sedikit tentang MALAYSIA :-

MALAYSIA


Mengenali Malaysia ialah mencintai Malaysia. Malaysia sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Kita melihat kaum Melayu, India, Cina dan kumpulan etnik yang lain hidup bersama dengan aman damai dan harmoni.

Penggabungan budaya ini bermula pada sekitar kurun ke-15, ketika Melaka, yang pada waktu itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan rempah ratus, menjadi pelabuhan perdagangan utama dunia.

Kini Malaysia ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun dan makin dikenali di seantero dunia.

Kepelbagaian budaya dan kaum bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia unik kerana masyarakatnya menyambut pelbagai festival . Tidak hairanlah, rakyat negara ini gemar berpesta dan ramah bergaul dengan orang luar.

Malaysia mempunyai 14 buah negeri. Sebanyak 12 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan dua negeri di utara Borneo. Kawasan percutian terdapat di kawasan pergunungan dan juga pantai, dan hutan paya bakau.

Salah satu tarikan Malaysia, ialah kepelbagaian landskap negara ini. Terdiri daripada rumah kayu, bangunan pencakar langit ke hotel lima bintang yang hanya beberapa meter daripada kawasan laut.

Jelajahilah bumi Malaysia yang penuh kepelbagaian budaya dan alam semula jadi hari ini. Jom ZOOM Malaysia!

MAKLUMAT RINGKAS TENTANG MALAYSIA(TANAH AIRKU YG TERCINTA)

Negara
Persekutuan Malaysia terdiri dari Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo

Lokasi Geografi
Terletak antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan dari negeri Sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand dan di Selatan, ialah negara jiran Singapura. Sabah dan Sarawak terletak di utara Indonesia di Borneo dan Sarawak turut berkongsi sempadan dengan Brunei

Kawasan
329,758 km persegi

Populasi
27.17 juta

Ibu Negara
Kuala Lumpur

Rakyat 
Kaum Melayu ialah 57% populasi sementara kaum China, India, bumiputra dan lainnya merangkumi rakyat Malaysia

Bahasa
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi Bahasa Inggeris juga luas digunakan. Kumpulan etnik pribumi turut menggunakan bahasa dan dialek masing-masing

Agama 
Islam adalah agama rasmi negara, tetapi agama lain juga diamalkan

Kerajaan
Malaysia ditadbir sebagai negara demokrasi berparlimen dengan sistem legislatif bicameral. Ketua negara adalah Yang Di-Pertuan Agong, jawatan yang ditukar setiap lima tahun di antara negeri-negeri Raja Melayu. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri

Cuaca
Cuaca tropika sepanjang musim. Suhu di kawasan rendah adalah sekitar 21ºC (70ºF) ke 32ºC (90ºF). Kawasan tinggi adalah lebih sejuk dengan suhu antara 15°C (59° F) ke 25°C (77°F). Purata hujan tahunan adalah 2,000mm ke 2,500mm

Cuti Utama
Tahun Baru*,Hari Raya Aidiladha*, Hari Wilayah Persekutuan **, Tahun Baru China*, Awal Muharam*, Maulidur Rasul*,Hari Buruh*, HariWesak*,Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Agong*,Hari Kebangsaan* Deepavali# Hari Raya Aidilfitri* Krismas*
Perhatian: (*) -Cuti Kebangsaan(**) - Putrajaya, Kuala Lumpur & Labuan sahaja (#) -Kecuali Labuan & Sarawak

Profil Ekonomi
Sektor pembuatan adalah sektor terbesar menyumbang kepada ekonomi negara. Ini diikuti pelancongan dan komoditi utama seperti petrolium, kelapa sawit, getah asli dan balak sebagai penyumbang kepada ekonomi

Jarak ke Malaysia
London, United Kingdom ke Kuala Lumpur : 6,557batu (10,552 km)
Paris, Perancis ke Kuala Lumpur 6,483 batu (10,432 km)
Rome, Itali ke Kuala Lumpur : 6,038 batu (9,716 km)
Stockholm, Sweden ke Kuala Lumpur : 5,812 batu (9,353 km)
Berlin, Germany ke Kuala Lumpur : 5,979 batu (9,622 km)
Madrid, Sepanyol ke Kuala Lumpur : 6,885 batu (11,079 km)
New York, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur : 9,400 batu (15,126 km)
Los Angeles, USA ke Kuala Lumpur : 8,790 batu (14,144 km)
Vancouver, Kanada ke Kuala Lumpur : 7,944 batu (12,783 km)

Mata Wang
Unit matawang negara adalah Ringgit Malaysia ditulis sebagai RM. Nilainya kira-kira USD1 = RM3.60. Mata wang asing boleh ditukar di bank dan pengurup wang

Masa
Lapan jam di hadapan GMT dan 16 jam di depan Waktu Piawai U.S

Penginapan
Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Taraf lima bintang, sederhana, hotel bajet, hostel pemuda, chalet pantai dan pangsapuri adalah antara kemudahan penginapan yang tersedia



MALAYSIA Tumpah Darah Ku




KLCC 



Batu Caves 





Look up Point Bukit Belacan Ampang 



Subang Jaya




Johor Ikan Bakar 







Bangunan  Sultan Abdul Samad










Petaling Street 





Lake Garden







Cuaca Yang Menarik Di Kuala Lumpur 





Di sekitar Kuala Lumpur 

















Central Market 














































Senyuman Orang Malaysia ... Betapa Indahnya MALAYSIA 



















Inilah Malaysia .... Saya berasa bertuah kerana lahir di Negara ini ... saya tidak akan berhenti menulis blog saya untuk saya berkongsi dengan anda semua ... dalam GAMBAR ada cerita ... Kamera & lensa... akan saya paparkan pengalaman saya di kemudian hari ... Saya berharap peluang yang ada , saya ingin meneroka MALAYSIA lebih mendalam lagi... Jumpa lagi dalam satu lagi Jelajah ... Sekian









2 comments:

  1. mohon kongsi pic buleh ka bro..tq atas perhatian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bro .... tak de masalah ... kalau nak kongsi

      Delete